Promosi Sempena Pembukaan Kedai Atas Talian Pakaian Kanak-Kanak Kami di Dungun

Alhamdullillah, akhirnya kami berjaya untuk menyiapkan kedai atas talian kami. Kami namakan kedai online kami ini sebagai Dungun Kids Store dengan singkatan akan kami jenamakan adalah DKS.

Bersempena dengan itu, sebagai promosi dan pengiklanan DKS membuat SALE ataupun jualan yang murah dari sepatutnya kami jual.

Harga Promosi Kami Untuk NOV 2015




Adakah bermaksud harga DKS paling Murah?
Tidak semestinya. Maksud kami adalah, berdasarkan harga yang kami dapat daripada pembekal sepatutnya kami perlu menjual pada sekian harga, namun kami tidak lakukan sebegitu.

Walau bagaimanapun, DKS cuba untuk kekalkan harga yang boleh dikatakan masih berada pada paras rendah dengan tidak mengambil keuntungan melampau dengan mengambil kesempatan kepada pengguna.

DKS dalam usaha untuk mendapatkan pembekal dengan harga yang lebih murah. Jadi DKS mampu untuk mengekalkan harga yang berpatutan.

Disebabkan penjualan secara atas talian kini menjadi satu fenomena yang biasa, mungkin terdapat individu yang mampu memberikan dengan harga yang lebih murah. Namun, DKS mempunyai visi untuk dan analisis modal dan keuntungan yang perlu kami capai.

Ini kerana DKS serius dalam bidang perniagaan dan dengan harapan mampu terus maju di masa hadapan.

Segala kos kami perlu kami perincikan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini.

Modus Operandi Kami?

  1. Target utama kami hanyalah di daerah Dungun [termasuk Paka dan Kerteh - bergantung kepada terma kami].
  2. Meneruskan penghantaran ke rumah anda. COD - Cash On Delivery. Jadi pengguna tidak perlu risau kami melakukan penipuan. Dengan ini juga, harga pelanggan perlu bayar masih rendah kerana kami tidak mengenakan cas penghantaran [Tertakluk kepada kawasan yang kami nyatakan sahaja]
  3. Penghantaran secara kurier barang READY STOCK hanya dilakukan atas permintaan dan pada kadar harga yang pembeli persetujui kerana harganya akan meningkat. Kami tidak mahu pembeli kami rasa terkilan.
  4. Barang NOT READY STOCK - bermaksud kami tiada simpanan stok pakaian ini, namun kami boleh menjual produk yang disenaraikan kerana kami agen berdaftar dengan pembekal. Bayaran penuh perlu dilakukan sebelum kami membuat pesanan [Lihat Senarai Barang Not Ready Stock]
Mudah Urusan dengan Shopping di DKS
Hanya lihat disenarai barang di laman sesawang kami. Hubungi Kami. Kami Hantar. Anda Bayar!!! Tidak perlu anda ke bandar Dungun untuk membeli, Jimat Tenaga!!! Jimat Minyak!!!

Harap Faham
Untuk sesetengah kawasan, adalah terlalu sukar untuk kami hantar terus ke depan rumah anda. Jadi kami mohon untuk pembeli kami kongsikan lokasi paling mudah untuk kami cari dan masih lagi dekat dengan kediaman anda. 

Lagipun kami tidak mengenakan apa-apa cas penghantaran. Pizza pon  ada cas penghantaran tau!!!!


Pulau Serai, Dungun, Terengganu
019 934 937 5

0 Response to "Promosi Sempena Pembukaan Kedai Atas Talian Pakaian Kanak-Kanak Kami di Dungun"

Post a Comment