KEDAI GUNTING PILIHAN DI DUNGUN - ABANG MAN P8


Gunting rambut antara aktiviti bulanan yang tidak dapat dielak oleh seorang lelaki. Kalau perempuan mungkin tidak menjadi kemestian untuk potong rambut setiap bulan tapi sebaliknya untuk seorang lelaki.

Pilihan dibuat adalah pilihan penilaian penulis sahaja. Terpulang kepada pendapat peribadi.

Kedai gunting Abang Man P8 (Pok Eik) antara kedai gunting pilihan penulis.

Antara sebabnya adalah, Abg Man seorang yang sangat peramah selain kedainya yang agak selesa bagi pendapat saya.

Kualiti yang disajikan oleh Abang Man selalunya tidak mengecewakan. Boleh membuat pilihan atau gaya rambut sendiri mahupun boleh meminta pendapat Abg Man sendiri.

Abang Man turut memberi waranti jika selepas balik rumah masih tidak berpuas hati dengan hasilnya, boleh kembali ke kedai beliau keesokan harinya tanpa ada bayaran tambahan.

Wakti Urus Niaga - 
Sabtu-Khamis 8.30pm-12.00pm
Jumaat - Buka jika beliau tak sibuk

Lokasi Kedai
Sebelah trafik light simpang ke Balai Besar/Taman Rakyat

Jika anda ada cadangan kedai gunting Dungun yang menarik boleh kongsi dengan kami di ruangan kami.

0 Response to "KEDAI GUNTING PILIHAN DI DUNGUN - ABANG MAN P8"

Post a Comment