DUNGUN - Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika hendak melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 97, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambatan Paka.
Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, mangsa Kasim Ali, 63, yang mengalami masalah mental terbunuh di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di leher dan anggota badan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata mangsa yang berdiri di kiri jalan secara tiba-tiba melintas jalan dan kebetulan sebuah kenderaan Proton Satria Neo yang dipandu seorang pemuda berusia 29 tahun menghala ke Bandar Paka gagal mengelak lalu merempuhnya.
Seorang lelaki warga emas kurang siuman maut dilanggar kereta ketika cuba melintas jalan di Kilometer 97 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan.Kemalangan berlaku kira kira jam 5.15 petang semalam, berhampiran Jambatan Paka , Dungun.Mangsa dikenali sebagai Kasim Ali , 63 tahun dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Satria.Dia yang dikatakan sering berkeliaran di bandar Paka, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Cacar di Kemaman.Mangsa dikatakan berpatah balik selepas menyeberang jalan mengakibatkan pemandu kereta dikenali sebagai Irwandi M. Mubarak Ali, 29 tahun gagal mengelaknya.Mangsa yang cedera parah di leher dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian.Manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Ahmad Zailani Yaakub mengesahkan kejadian.
Posted by Buletin TV3 on Saturday, November 28, 2015
"Pemandu yang bekerja sebagai buruh itu tidak mengalami sebarang kecederaan terus ke Balai Polis Paka untuk membuat laporan selepas insiden itu.
"Ianya bukanlah kes langgar lari seperti mana yang tersebar dalam media sosial," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Disebabkan mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, pihak penyiasat terpaksa merujuk kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara di sini bagi mengesahkan identiti mangsa.
Mangsa yang cukup dikenali oleh penduduk Bandar Paka sering menggunakan laluan itu untuk ke bandar dan pulang ke rumahnya di Kampung Cacar.
Difahamkan nasib yang sama turut menimpa ibu mangsa pada empat tahun lepas yang mana ibunya juga mengalami masalah mental maut dilanggar tidak jauh dari lokasi mangsa terbabit dengan nahas itu.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat. - Bernama
0 Response to "KES LANGGAR LARI DI PAKA - PEMANDU SEBENARNYA KE BALAI POLIS"
Post a Comment